Petikan akhbar smlm.,,.~
H1N1: 4 pelajar UPM disahkan positif
KUALA LUMPUR 28 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini mengesahkan empat orang pelajarnya didapati menghidap virus selsema babi atau influenza A (H1N1).
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan simptom penularan wabak tersebut bermula 20 Julai sehingga semalam.
“Sebanyak 444 orang pelajar telah menjalani pemeriksaan dokor dan daripada beberapa sampel yang diambil Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), empat orang disahkan positif,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, UPM akan mempercepatkan cuti pertengahan semester sesi 2009/2010 selama seminggu bermula esok sebagai langkah mencegah penularan wabak tersebut.
Katanya, cuti pertengahan semester selama tujuh hari yang sepatutnya bermula 17 Ogos ini diawalkan kepada 29 Julai sehingga 4 Ogos.
Oleh itu, jelasnya, semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan. - Utusan












10 comments
Comment by oranglidi on July 29, 2009 11:32 PM
ahaha skehan tu mende?
cis.. belambak pulak produa vavi merebak di unibersiti
Comment by naDDy on July 30, 2009 12:10 AM
baru nak tanye prodwa vavi tu ape.tapi bile baca komen oranglidi, baru paham.sungguh sopan tajuk itu.hehe
Comment by bias® on July 30, 2009 2:00 AM
kau dah kena ke?
Comment by SITI RAUDAH HJ AHMAD on July 30, 2009 8:20 AM
bahaye2...sediakan mask sebelum ujan...huuhu
Comment by kakuna_daisy on July 30, 2009 9:33 AM
hue hue hue..klw skehan blik,ko kurung die lam blik..hahah...jgn bg kuar..hehehe
Comment by Rona Realiti on July 30, 2009 2:10 PM
ko siapkan la kandang kat dia...
jaga makan minum dia...
hahaha...
Comment by triple x malaya on July 30, 2009 10:37 PM
babi buat hal lagi...
Comment by Sky Hanz on July 30, 2009 11:59 PM
Damn esshold... gue xde kena mengena dgn menatang taik idung babi tue yerr.. pantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
Comment by EN.ROBOT on August 3, 2009 1:55 AM
oranglidi - skehan tu sejenis manusia,.,hehe
naady - kene sopan ,kang kontroversi ssh,.,.
bias - die xngaku,.,.
siti - mask, ridset, racun serangga, kaen kapan, sume da ready da,,.
kuna - die melawan lorh.,.,!~
rona - kandang besi sume siap da
jas - betul2, kurung je diorg kt U tu,..,~
triple - babi ini mmg tak abes2,..,~
Sky Hanz - erk, skehan... larikkk sume.,.~
Comment by Cik Mawar on August 3, 2009 12:45 PM
hahahahahaa... aduhaiiiiiii..
sengal kamu ini.. ;P
Post a Comment